Apa itu BLOG?


Bagaimana BLOG boleh tercipta? Siapa yang menciptanya Atas tujuan apakah ia dicipta Semua ini penting untuk kita ketahui, barulah kita dapat mengenali individu-individu di sebalik ciptaaan aplikasi web menarik ini.

Nama-nama yang membuka lembaran sejarah BLOG ialah John Barger, Peter Merholz, Justin Hall, Brad Fitzpatrick dan banyak lagi. Mungkin kita tidak dapat menikmati BLOG seperti sekarang.

Individu-individu inilah dan beberapa organisasi lain yang mungkin tidak tersenarai di dalam buku ini membantu membentuk BLOG atau nama singkatan yang diambil dari perkataan asal Web Log.

Nama  Web Log diwujudkan oleh John Barger pada Disember 1997 manakala singkatan Blog itu pula terhasil setelah Peter Merholz menggunakan ayat 'we blog' pada laman web peribadinya. Ia kemudian menjadi semakin popular dan digunakan oleh orang ramai sehingga hari ini.

1 comment:

  1. kalu dok dkt kuantan...bleh blajr solek ek...sambil2 bleh sembang buat blog...lawat blog aku http://Petuapaje.blogspot. tlg komen utk baiki blog aku...

    ReplyDelete