NASI DAGING



Bahan-bahan:1kg beras basmathi | dibasuh bersih dan
direndam selama 20 minit
300gm daging batang pinang | direbus
sehingga empuk dan dihiris nipis
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2sm halia
1 tin susu cair
½ tin kecil minyak sapi | untuk menumis
Sedikit daun sup, daun ketumbar, daun pandan dan daun pudina

Cara memasak:1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang putih, bawang merah, halia serta bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga dan daun pandan hingga naik baunya.
2. Kemudian masukkan susu cair bersama air rebusan dan daging. Gaulkan rata.
3. Biarkan mendidih dan apabila air kering letakkan daun sup, daun ketumbar dan juga daun pudina.
4. Gaulkan rata dan biarkan nasi masak seperti biasa.

No comments:

Post a Comment