KAWAL MAKANAN UNTUK ELAKKAN GOUT


Sendi jari tangan tidak boleh bergerak kerana tersalah makan  dan kaki tiba-tiba membengkak sehinggakan ingin memijak lantai pun terasa seolah-olah memijak diatas timbunan jarum yang menegak.

Inilah sebahagian rasa yang dialami mereka yang menghidap penyakit gout. Salah makan saja, terutama bayam, ikan bilis dan makanan laut, pastinya mereka yang mempunyai penyakit ini,terpaksa merana akibat kesakitan yang amat sangat pada sendi anggota badan.

Penyakit gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dan ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran itu dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi.

Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin) (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut disekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Umumnya,gout sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang berlaku pada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami monopaus.

Malah, wanita yang mengalami kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang menganggu perkumuhan asid urik turut berisiko mendapat penyakit gout.

Selain dikenali sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga disebabkan pengamalan gaya hidup sihat yang kurang sihat seperti pengambilan minuman, makan makanan laut yang belebihan serta makan sesetengah sayuran separti bayam dan cendawan.

Jangan biarkan gout tidak dirawat keranakemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan tidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil cecair sendi dan cuba nengesan kehadiran kristal asid urik. Selain itu ujian darah juga boleh dibuat untuk memastikan tahap asid urik dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman berakhohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purin dan kawal berat badan anda.

Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan. ada ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang.

Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindari makan kaya purin seperti makanan laut, Bijirin, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.

Sebaliknya,minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Sayangilah tubuh anda,kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai dari Maha Esa.
   

4 comments:

  1. bgus n3 ni...

    jom g blog aku http://blogmacammacamada.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perhatian anda mengenai kesihatan

    ReplyDelete