Ilham untuk wanita bertudung


Blaus daripada lycra bercorak abstrak yang menarik dan elegan.


SUATU ketika dulu, fesyen untuk wanita bertudung agak terhad dan tidak mempunyai banyak pilihan untuk bergaya.
Berbeza hari ini apabila fesyen untuk wanita bertudung makin bertambah di pasaran seperti jubah dan kemeja-T berlengan panjang.
Melihat akan keperluan tersebut di samping mendapat permintaan yang tinggi di kalangan wanita yang bertudung hari ini, pembekal dan pemborong kemeja-T dan busana muslimah, Ilham Muslimah tidak ketinggalan memberikan pelbagai pilihan produk yang mampu digayakan ke mana sahaja.
Pemiliknya, Sharifah Norita Syed Abdullah, berkata, butik dalam taliannya menawarkan rekaan yang menawan dan moden serta amat berlainan.
Koleksi jubah Ilham Muslimah direka khas menyerupai dres labuh yang sesuai digayakan ke majlis formal dan keraian.
Koleksi jubah ini bukan sahaja memiliki potongan badan malah bahagian leher dan pergelangan tangannya mempunyai konsep rekaan yang cukup menarik.
Selain itu, beliau turut menampilkan mini jubah yang sesuai digayakan dengan seluar.
"Ia bagi mereka yang inginkan kelainan kerana potongan yang tidak terlalu labuh itu nampak menarik apabila digayakan dengan seluar panjang dan selesa bagi mereka yang gemar memakai seluar.
"Dihasilkan daripada fabrik lycra berkualiti tinggi di mana sifatnya yang berat dan mudah regang (stretchable), membuatkan ia jatuh terletak elok pada badan," katanya.
Menurut Sharifah Norita lagi, fabrik lycra juga merupakan fabrik yang sangat lembut, sejuk dan selesa dipakai.
Selain jubah, Ilham Muslimah turut menawarkan pelbagai jenis reka bentuk dan corak untuk koleksi kemeja-T.
"Bagi koleksi ini saya masih menggunakan fabrik daripada jenis lycra dan potongannya sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena dengan aksesorinya atau untuk aktiviti kasual yang lain," katanya.
Tambahnya, rekaan kemeja-T yang ditampilkan juga mengikut aliran terkini seiring dengan fesyen kemeja-T hari ini malah ia tampak lebih cantik dan bergaya apabila disuai padan dengan jeans, skirt atau seluar panjang.
Koleksi kemeja-T Ilham Muslimah ditampilkan dengan pelbagai gaya potongan menarik yang menjurus rekaan feminin dan menyuntik ilham lebih segar serta memikat.
Ia bukan saja berlengan panjang malah labuh menutup punggung.
Pada masa sama kata Sharifah Norita lagi, Ilham Muslimah turut menawarkan kemeja-T bagi ibu-ibu yang menyusu.
Koleksi ini menggunakan gabungan fabrik kapas polos berwarna merah untuk bahagian dada dan fabrik bercorak floral kecil yang comel dengan gabungan warna-warna pastel kemerahan.
Kolar Teluk Belanga dengan butang bungkus yang boleh dibuka dan bahagian dada dijahit berlapis dengan fabrik merah di dalamnya bagi memudahkan ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka.
"Kebanyakan koleksi juga diberikan sentuhan lebih kreatif seperti dihiasi butang atau kocek dan juga ada tambahan jahitan lisu berlipat pada bahagian depan dan dada baju berkenaan.
"Begitu juga pada bahagian lengan, sesetengah koleksi menampilkan potongan kreatif yang memberi impak lebih segar dan bergaya," katanya.
Terdapat lebih 30 rekaan yang diketengahkan dan ia dijual pada harga RM45 ke atas.
Bagi mereka yang ingin melihat dengan lebih dekat koleksi Ilham Muslimah, anda boleh layari laman web http://ilham-muslimah.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment