DAUN KADUK


Berasal dari Malaysia, Borneo, dan Indonesia, Daun Kaduk ialah herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok ranum. Daun kaduk mengeluarkan sedikit aroma herba apabila dikoyak atau digosok antara tapak tangan. Rasanya berlada, sedikit pahit, dan menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan, dan daging. Ia digunakan sebagai ulam dengan sayuran lain, dimakan bersama pencicah seperti sambal, cencalok, atau budu. Ia adalah bahan kepada resepi nasi ulam, pucuk tempoyak, perut ikan, beberapa jenis laksa, dan otak-otak Pulau Pinang. Daun kaduk sangat sesuai dengan sup cerah - cuma masukkan beberapa keping daun ke dalam sup ayam atau sup tulang, dah taburkan sedikit lada hitam apabila dihidang. Daun kaduk ialah sumber yang baik untuk aktioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.

No comments:

Post a Comment