Dapatkan payudara anjal dan cantik


Usah malu mengakui yang sebagai wanita, kita sering mengimpikan payudara yang cantik dan anjal. Ia seakan satu ‘motivasi’ untuk tampil lebih yakin dan berani. Justeru anda perlu sedar bahawa selain pinggang yang ramping, anda juga perlu bersenam untuk kekalkan payudara yang mantap!

Mengapa perlu berbelanja lebih dengan membeli pelbagai krim atau ada juga yang sanggup melakukan implan demi mendapatkan payudara yang cantik? Anda masih punya cara yang lebih jimat iaitu melalui teknik senaman yang betul dan efektif. Hakikatnya perubahan saiz dan keanjalan payudara dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut:


- Kelancaran aliran darah
- Tisu lemak
- Keanjalan otot

Anda tidak boleh mempertingkatkan sel payudara yang anda miliki sebaliknya anda boleh membantu mengekalkan fungsi kesemua faktor di atas menerusi senaman agar impian mengekalkan payudara yang sihat dan cantik tercapai. Kombinasi senaman berikut dapat membantu menjayakan misi anda!

1. Dumbbell Butterflies

Pegang beban di kedua tangan anda sambil berbaring selesa di atas permukaan yang rata dan stabil. Depangkan kedua tangan ke sisi separas dada. Perlahan-lahan angkat beban hingga kedua tangan anda bertemu di atas (juga selaras dada). Ambil nafas seketika sebelum kembalikan tangan anda ke posisi asal. Tarik nafas dan lepas selama lima saat sebelum anda ulangi gerakan ini sebanyak lapan kali.

2. Dumbbell Chest Press

Masih dalam posisi seperti tadi tetapi kali ini kedua tangan anda dalam kedudukan 90 darjah. Angkat kedua tangan ke atas tetapi berhenti separas siku. Bertahan dalam kiraan 10 sebelum menurunkan tangan anda ke sisi dada. Ulangi gerakan ini sebanyak lapan kali.

3. Dumbbell Side Lateral Raises

Masih memegang beban di kedua tangan. Tukar ke posisi duduk (atas kerusi) dan pastikan belakang badan anda lurus. Luruskan tangan ke hadapan dalam kedudukan 90 darjah. Genggam beban dengan telapak tangan menghala ke atas. Kekal di posisi ini sebagai posisi mula. Perlahan-lahan bawa beban ke bahu anda. Ulangi gerakan ini sebanyak lapan kali.


4. Isometric Contractions

Kekal dalam posisi mula seperti di atas tetapi kali ini tanpa beban di tangan. Gerakan ‘isometric’ ini berfungsi untuk membantu menguatkan otot dan melancarkan aliran darah ke payudara. Mulakan gerakan dengan gerakan ke luar dan ke dalam tangan anda. Rasakan kontraksi pada otot bermula di bawah lengan anda ke payudara. Lakukan gerakan ini sebanyak 15 kali.

2 comments:

  1. emmm...tips yg menarik...tp rajin tak nak buat nih...heheheh

    ReplyDelete
  2. gud info yeah..p ley x sertakan pic..lgi mdah nk fham laaa..

    ReplyDelete