Kelas solekan Tiar



MUNGKIN namanya bukan rebutan pengarah, tetapi sentuhan tatariasnya menggamit selebriti terkenal seperti Ziana Zain, Maya Karin, Linda Jasmine, Sari Yanti, Liyana Jasmay, Ayu Raudah, Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Scha Alyahya, Eja dan Vanidah Imran.
 
Tuah jari-jemari Tiar, memperlihatkan sentuhannya tidak hanya menjadi rebutan selebriti, tetapi juga golongan VIP.


Mempercayai ilmu adalah untuk dikongsi bersama, Tiar menganjurkan kelas solekan, Kelas Makeup Bersama Tiar Zainal yang diadakan pada 31 Oktober ini dari jam 10 pagi hingga 5 petang bertempat di Platinum Walk, Danau Kota,


Setapak, Kuala Lumpur. “Bengkel ini terbuka kepada umum yang berminat untuk mempelajari teknik solekan terkini seperti ‘shading’ sapuan pembayang mata, pemakaian bedak asas yagn betul dan banyak lagi. Terdapat beberapa jenis solekan akan diperkenalkan mengikut kesesuaian majlis yang dihadiri mahupun ke pejabat dan acara santai.


"Daripada kajian yang dilakukan sebenarnya ramai golongan wanita mahupun lelaki yang berminat untuk menyertai bengkal seumpama ini tetapi tidak tahu di mana boleh mengambil bahagian.


"Justeru saya berharap dengan bantuan pihak media, mereka yang berminat dapat menyertai bengkel ini sekali gus memanfaatkan peluang yang diberikan.


Bagi yang berminat ujar Tiar, yuran dikenakan sebanyak RM400 dan mereka akan diberikan baucer Shu Uemura selain berpeluang memenangi cabutan bertuah serta merebut hadiah bagi Solekan Terbaik.


"Setiap peserta juga akan diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan diatas pembabitan mereka," katanya.


Bagi yang berminat kata Tiar boleh menghubungi Datin Suria 012-4339636 dan Yus (017-3807765).










No comments:

Post a Comment