Enggan tua sebelum waktunya! Urutan wajah ‘penyelamat’ utama





























Apabila terlihatkan seorang wanita di pasar raya, 
hati mula memuji betapa cantiknya dia. 


Dengan kulitnya yang putih gebu, mulus tanpa sebarang cela, 
dan penampilannya juga tidak keterlaluan, dia pasti 
saja mampu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. 


Langkah kaki dibuka menghampiri wanita tersebut.


Ringan saja mulut menyapanya. Setelah berbual seketika,
usianya diberitahu. Terkejut! Sudah 45 usia wanita itu. 


Bagaimana agaknya dia menjaga kecantikannya? Benar, 
dengan bantuan pakar kecantikan serata dunia yang 
berhempas pulas menjalankan penyelidikan bagi 
mencari produk terbaik untuk mengekalkan kesihatan 
dan kecantikan kulit, pasti setiap wanita mampu tampil 
jelita. Namun, ada cara yang lebih mudah dan boleh 
dilakukan sendiri di rumah untuk mendapatkan kulit 
cantik dan kekal berseri. 


Salah satu caranya adalah dengan melakukan 
URUTAN wajah. Mahu tahu lebih lanjut tentang 
urutan wajah? Ikuti rencana ini hingga ke penghujungnya. 
Klinik kecantikan RAPI sedia membantu... 
 


Usia Masih Muda Tetapi Kulit...



Seramnya! Apabila wajah dibelek pada cermin, tiba-tiba 
terlihat garisan halus pada wajah. Itu salah satu tanda 
penuaan. Penuaan sering kali dikatakan sebagai musuh 
ketat kaum wanita jika berbicara tentang kecantikan. 


Walaupun kita tidak mampu lari jauh dari penuaan, pun 
begitu kita mempunyai jalan untuk melambatkan prosesnya. 
Selepas seseorang wanita itu menginjak ke usia 30- an, 
wajahnya tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada produk 
kecantikan untuk kulit yang sihat. 




Urutan wajah merupakan salah satu rawatan popular di spa.
Rawatan ini mula mendapat perhatian apabila sudah ramai 
wanita di Malaysia yang mula sedar akan kepentingan menjaga 
kesihatan serta kecantikan kulit. 


Tahukah anda, selain untuk mendapatkan kulit yang lebih 
anjal, urutan wajah mempunyai banyak fungsi lain. 


Antaranya adalah mengurangkan gejala tekanan perasaan 
ketika datang haid. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan 
jika seseorang itu mengalami migrain. 


Urutan wajah juga baik untuk mereka yang mempunyai 
resdung. Urutan wajah adalah sama penting seperti 
urutan tubuh. 


Jika tubuh kelesuan kerana diasak ketika anda 
bergerak aktif, begitu jugalah dengan wajah anda. 


Ia kehilangan kelembapannya dan menjadi kusam 
kesan dari pemakaian alat solek atau pencemaran udara. 




Untuk lebih banyak tip cantik dapatkan
 RAPI 15 SEPT 2010


2 comments:

  1. Assalamuaalaikum & Selamat Hari Raya.

    Selain urutan, satu lagi pilihan yg boleh dicuba ialah memakai topeng muka. Jika ingin jimatkan kos, boleh d.i.y di rumah. Untuk mengetahui caranya, kawan2 dialu-alukan ke SINI.

    ReplyDelete
  2. oktant kita tukar link nak tak?

    ReplyDelete