BENGKEL SOLEKAN PERIBADI ZERO KNOWLEDGE

Anda ingin belajar mekap? Solekan ke pejabat yang simple tapi tetap menarik? Tapi tau sebab tak reti? Tak pandai matching color? Takut nak guna produk? Dah beli produk mahal-mahal tapi simpan dalam make-up box jer? Malu bersolek sebab takut comot?



Kami menjemput wanita ingin tampil cantik, anggun dan menawan untuk mengikuti Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge – Teknik Solekan Asas.



Teknik solekan yang diajar sesuai digunakan untuk ke pejabat. Simple! Tidak tebal! Tapi tetap tampil menyerlah lagi anggun! Bonus untuk anda… banyak petua akan diberikan…



Bengkel ini terbuka untuk wanita sahaja. Terutama bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan alat solek. Maknanya tak mahir lagi tapi teringin mencuba. Senang kata ZERO Knowledge. Kami bersedia membantu anda menghasilkan teknik solekan yang lengkap dan cantik. Tidak tebal dan manis dipandang.



Bengkel ini adalah praktikal langkah demi langkah. Setiap peserta akan dibantu oleh para mekap kami yang berpengalaman. Modul disediakan.



OBJEKTIF



Program ini memberikan penekanan tentang teknik solekan peribadi untuk solekan asas, alatan dan bahan solekan yang asas serta pemakaian tudung dan aksesori yan gberpadanan dengan gaya semasa.



Kursus ini penting dipelajari sebelum anda mempelajari teknik yang lebih advance. Dengan mengikuti kursus ini, anda akan dapat menjadilkan sebagai bonus untuk anda mendapatkan pekerjaan tetap dimana-mana syarikat.



Program ini sesuai diikuti bagi mereka yang ZERO Knowledge atau langsung tidak mempunyai kemahiran / pengalaman dalam solekan.



KEPERLUAN



Para peserta diMESTIKAN bawa :



- Cermin Muka

- Pencuci Muka

- Facial Cotton

- Tisu

- Face Towel

- Cotton Bud

- Makeup Remover / Baby Oil

- Alat solek sendiri

- Kamera (jika ada)

- Tupperware kecil

- Air Mineral





Peserta perlu bawa kelengkapan alat solek persendirian. Namun begitu, anda yang tidak mempunyai alat solek lengkap sememangnya tidak mempunyai sebarang masalah di dalam mengikuti bengkel-bengkel yang kami anjurkan kerana kami turut menyediakan kelengkapan tersebut secara perkongsian beramai-ramai. Cas akan dikenakan RM10 seorang.





Bagi mempunyai peralatan lengkap, anda hanya perlu membawa :



1. Mascara atau liquid liner

2. Eyeliner (pengaris mata)

3. Eyebrow pencil (pensil kening)

4. Lipliner (pengaris biibr)

5. Lipstik

6. Blusher (pemerah pipi)

7. Bedak

8. Span bedak

2 comments:

  1. salam sekiranya peralatan tidak lengkap, jangan risau boleh sewa peralatan solekan RM10 je

    ReplyDelete
  2. suka sangat make up. tapi still xde masa yang cukup nak attend class.

    ReplyDelete